Monday, June 20, 2011

Pengalaman & Iktibar Umrah & Haji

Posted by Hashim Abd Ghani On 10:56 PM
Alhamdulillah dengan keizinan dan rahmatnya Allah SWT, saya dan keluarga telah diberi keupayaan untuk mengunjungi Makkah dan Madinah beberapa kali untuk melaksanakan ibadat umrah dan haji. Pengalaman pertama kali melaksanakan ibadat umrah secara bersendirian pada Tahun 1990 telah memberi dorongan untuk setrusnya menyahut lambaian Kaabah bersama keluraga dan menunaikan nazar peribadi. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi juga telah dijadikan sebagai platform untuk mendalami sejarah dan pembangunan Kota Suci Makkah dan Madinah sambil menambahkan ilmu keagamaan Islam. Saya berharap agar catatan ini dapat dijadikan pedoman dan ikhtibar untuk meniti baki kehidupan yang ada, Insya Allah.

-  Peluang menjadi tetamu Allah SWT hanya dengan keizinanNya dan jangan disia-siakan.

-  Persiapan perjalanan ke Tanah Suci memerlukan kemantapan rohani dan fizikal.

-  Janji - janji Allah SWT pasti benar dan tidak perlu diragui oleh hamba Allah.

-  Sebagai insan yang lemah, jangan berputus asa dalam memanjat doa kepada Allah SWT.

-  Rukun-rukun dan wajib Haji dan Umrah perlu dihayati supaya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.







Categories:

0 comments:

Post a Comment