Monday, June 13, 2011

Makkah al Mukarramah

Posted by Hashim Abd Ghani On 3:47 PM


Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Saudi Arabia : Location of Makkah

Makkah Al Mukarramah ( Yang Dimuliakan ), adalah satu daripada dua Kota Suci Islam yang terletak di negara Arab Saudi, bumi para Anbia. Masyarakat Arab lebih mengenalinya dengan panggilan nama Al Haram ( Kota Haram ), sebab ada perkara-perkara yang halal dilakukan di tempat lain tetapi haram dilakukan disini. Kota Suci Makkah mempunyai latarbelakang sejarah yang berkait rapat dengan agama Islam dan keistimewaan yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana tempat di dunia. Dari sebuah lembah yang tandus dan tiada penghuni, Makkah telah menjadi sebuah kota mercu tanda keagungan dan kegemilangan agama Islam sehingga sekarang dan sedang pesat membangun sebagai sebuah kota satelit sesuai dengan zaman yang serba moden. Keistimewaan Makkah masih kekal sehingga sekarang dan tidak dapat ditandingi. Setiap tahun Makkah adalah tempat  tumpuan kunjungan masyarakat Islam sedunia untuk menunaikan Rukun Islam Kelima. Melakukan ibadat diberi ganjaran pahala 1000,000 kali. Majalah Al Islam keluaran September 2010 telah menjelaskan kupasan mengenai keajaiban dan keistimewaan Makkah dari segi sains. Mengikut kajian ahli sains Islam dalam menentukan arah kiblat bandar - bandar besar dunia, Masjdil Haram dan Kaabah adalah sebagai pusat dunia dan tempat yang paling aman di dunia.  

   

Firman Allah SWT :

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلائِدَ ذَلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya :

Allah menjadikan Kaabah, Rumah Yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan), demikian juga bulan-bulan Yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalung-kalung binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada di langit dan apa Yang ada di bumi, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   ( Al Maa'idah 97 )

Semenjak kedatangan Nabi Ibrahim Alaihissalam, Siti Hajar dan Nabi Ismail Alaihissalam, Makkah telah dijadikan  sebagai tempat orang-orang yang bertauhid kepada Allah SWT selama beratusan tahun. Sehingga satu ketika, seorang pemimpin Makkah yang sering  keluar untuk urusan perniagaan telah membawa pulang patung berhala untuk disembah.  Perbuatan syirik penyembahan patung berhala telah berlaku selama beratusan tahun oleh penduduk Makkah  yang meninggalkan ajaran agama Nabi Ibrahim. Pada Tahun 8 Hijrah / 630M Rasulullah SAW bersama 10,000 orang pasukan dari Madinah telah membebaskan Kota Makkah dari penguasaan Musyrikin.  Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan agama tauhid.

Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الأرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُون

Ertinya :

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab - kitab yang kami turun sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz : " Bahawanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba - hambaKu yang soleh".   (Al Anbiya - 105 )

Pada permulaan sejarah, Makkah dipanggil 'Bakkah' yang bermakna'menangis'. Setiap hamba Allah yang berdoa di hadapan Kaabah akan pasti menitiskan air mata kerana mengenangkan segala kesalahannya dan dosa pada masa yang lalu. Pengalaman ini akan dilalui dan dirasai sendiri setiap kali berdoa memohon keampunan dari Allah SWT. Ada pula yang menangis kerana gembiranya apabila sampai di Kota Suci yang menjadi idaman setiap mukmin. Perkataan Bakkah disebutkan Allah di dalam Al Quran yang memperkatakan tentang Rumah Ibadah yang mula-mula dibangunkan di dunia :

Firman Allah SWT :

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ 

 Ertinya :

Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Bakkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. 
(Ali-Imran 3 : 96)

Kota Suci Makkah juga diberi dengan nama-nama; Al Qadis, Ar Ra'su Baladul Amin, Al Baladah, Al Bayyinah, Al Muqaddasah, Ar Ra'su, Al Baitu Atiq. Nama-nama lain yang disebutkan dalam Al Quran :

Makkah - Al Fath : 24.
Ummul Qura - Al An'am : 92.
Al Baladu Amin - At Tiin : 1 - 3.   
Categories:

0 comments:

Post a Comment