Tuesday, June 14, 2011

Ibadah Umrah & Haji

Posted by Hashim Abd Ghani On 11:16 PM

'Umrah' pada syariat ialah menziarah Baitullah pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun (kecuali bagi orang yang berihram Haji) kerana mengerjakan tawaf dan saie sahaja dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun dan wajibnya. Dari segi syariat 'Haji', ialah mengunjungi Baitullah (Kaabah) dalam Bulan-bulan Haji (dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah) kerana mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Padang Arafah, mabit di Mudzalifah, bermalam di Mina serta melontar di Jamarat dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.Hadis dari Bukhari dan Muslim yang antara lain maksudnya dari Qatadah, "Aku bertanya kepada Anas bin Malik. Berapa kali Rasulullah mengerjakan umrah? Anas menjawab : Empat kali" :-

•          Umrah Hudaibiyah - 6 Hijrah pada bulan Zulkaedah.( tetapi tidak dapat disempurnakan kerana Quraisy menghalang Baginda SAW dan para Sahabat yang seramai 1,500 orang dari memasuki Makkah).

•          Umrah Qada' yang mengganti Umrah Hudaibiyah - 7 Hijrah pada bulan Zulkaedah.

•          Umrah Jara'nah setelah tammatnya  Perang  Hunain (Ghanimah).

•          Umrah semasa Haji.

Majalah Al Islam September 2010, telah membentangkan kupasan mengaitkan fakta-fakta sains di sebalik kewujudan Kota Suci Makkah dan pelaksanaan Rukun Haji. :

•          Makkah adalah pusat bumi, hasil dari penyelidikan pada Tahun 1978 oleh Dr Hussain Kamaluddin yang menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar di dunia.

•          Makkah dan Kaabah juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Kaabah mempunyai zon magnetisme sifar dan tekanan graviti yang memberi kesan kebaikan kesihatan.

•          Pancaran radiasi yang infinti ( tidak berpenghujung) yang dikesan oleh Neil Armstrong apabila menjejakkan kaki di bulan. Radiasi ini dipercayai yang menghubungkan Kaabah di bumi dan di langit.

•          Pembongkaran sains yang dikaitkan dengan pelaksanaan kerja-kerja Haji.

          Kekaguman Air Zam-Zam, hasil penyelidikan Dr Knut Pfeiffer, pakar perubatan dari Jerman.


Categories:

0 comments:

Post a Comment